Bagaimana cara memutihkan muka kerana setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih, cantik dan bersih. Kebanyakan produk memutihkan muka yang berada di pasaran adakala tidak memberikan kepuasan seperti yang dijanjikan di iklan-iklan yang disediakan.

Cara memutihkan muka

Ramai yang tak tahu sebenarnya cara memutihkan muka dan bebas dari tompok dan pigmentasi, topeng muka buatan sendiri lebih baik dan terbukti berkesan sehingga kini. Kos pon murah dan tahan lama. Siapa duduk dengan keluarga cuba masuk dapur dan ujikaji sekarang. hehe..
Terdapat beberapa tips kecantikan yang kita boleh gunakan hanya dengan sedikit teknik dengan cara pemakaian yang betul insyaAllah anda akan dapat kulit yang diidamkan.

Susu tepung dan pek muka jus lemon 

Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka
Ni antara kaedah yang mudah dengan bahan yang senang cari. Bahan yang digunakan hanya susu tepung, madu dan lemon. Campurkan ketiga-tiga bahan dan gaulkan sehingga rata.
Tujuan campuran bahan ni ialah untuk memutihkan muka dan mengurangkan pigmentasi yang disebabkan oleh cahaya. Biarkan selama 10 minit atau lebih dan amalkan pemakaian 2 atau 3 kali seminggu.

Cara Memutihkan Muka dengan Oat dan yogurt 

Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka - 1
Rendamkan oat semalaman. Esoknya kisarkan oat sehingga halus dan campurkan oat yang sudah dikisar dengan yogurt original. Dua bahan ini tepekkan di muka selama 15 ke 30 minit akan membantu untuk memutihkan muka anda.

Cara Memutihkan Muka dengan Kentang

Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka - 2
Ini mungkin cara yang paling mudah untuk memutihkan muka anda. Anda hanya perlu hiris kentang dan tepekkan kentang di muka anda. Selain tujuan untuk memutihkan muka, kentang juga mampu membuatkan kulit lebih lembut dan licin.

Cara Memutihkan Muka dengan Minyak kacang almond

Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka - 3
Untuk memutihkan muka menggunakan minyak kacang almond, anda perlu urut muka anda menggunakan minyak kacang almond yan telah disuamkan. Khususnya untuk kulit yang kering.
Selain itu, anda boleh rendam beberapa biji kacang almond semalaman kemudian ditumbuk sehingga menjadi pes. Seterusnya campur sedikit susu cair dalam 10 minit dan sapukan pada seluruh muka seperti memakai mask.
Mask ini membantu untuk melembutkan kulit dan membuang sel kulit mati. Penggunaan yang kerap akan memutihkan muka anda.

Serbuk kacang kuda

Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka - 4
Serbuk kacang kuda mampu memberikan kesan awet muda pada wajah anda. Untuk mendapatkan kesan yang maksima, campurkan serbuk kacang kuda bersama susu cair dan sapukan pada muka.
Ia adalah satu tips kecantikan cara memutihkan muka dan menjadikan anda kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

Cara Memutihkan Muka dengan Pisang 

Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka - 5
Pisang terbukti secara saintifik adalah satu cara memutihkan muka yang sangat berkesan. Campuran pisang, madu dan sedikit yogurt adalah cara yang baik untuk memutihkan muka anda terutama kulit muka yang terkena sunburn.

Kesihatan

Kesihatan juga memainkan peranan penting dalam penjagaan kecantikan. Korang boleh rujuk artikel Kepentingan Menjaga Kesihatan untuk tips-tips menjaga kesihatan.

Post a Comment

 
Top