**KISAH mengenai Nik Aziz bangun dari koma untuk sembayang asalnya diceritakan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Pandangan di bawah daripada blog milik Ustaz Fathul Bari. Perkara yang menjadi persoalan ialah Rasullah SAW pun tidak melalui kehebatan macam yang diceritakan Ustaz Ahmad itu , justeru benarkan apa yang diperkatakan?
Komen Abu Aqif: Sepertimana yang diketahui, Nik Aziz sekarang sedang diuji dengan sakit. Dikatakan beliau menghidapi kanser prostat, serangan kuman di paru-paru dan di otak dan terpaksa di’coma’kan (induced coma) supaya memudahkan proses rawatan.
Malangnya di saat² Nik Aziz sedang duji dengan kesakitan, muncul kisah² tahyul dan dongeng yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran kita yang waras. Kisah mengarut seperti Nik Aziz bangun setiap jam 4 pagi untuk menunaikan tahajjut walaupun sudah di’coma’kan. Selepas bertahajjut beliau minum teh dan kembali koma semula. Lepas tu bangun balik untuk solat Subuh, berbual dan sebagainya.
Timbul banyak persoalan dari kisah tahyul lagi dongeng ini, jika dikomakan, bangun untuk bertahajjut dan selepas itu minum teh dan koma semula, ini bukan koma namanya. Itu tidur. Jika boleh bangun sendiri buat apa kencing melalui tiub. Macam tak berapa nak kena.
Sebelum ini kecoh satu rakaman video yang mana ketika banjir, gambar Nik Aziz tidak terkena selut kerana karomah Nik Aziz. Dan sekarang cerita begini pula timbul. Sampai bila masyarakat mahu disajikan dengan kisah mengarut seperti ini?
Kita khuatir kisah² tahyul seperti ini merosakkan pegangan akidah dan merosakkan otak sebahagian pengikut Nik Aziz. Mereka yang mereka-cerita dan menyebarkan kisah mengarut ini sebenarnya cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan Nik Aziz dan keluarga demi kepentingan politik dan mungkin kepentingan peribadi.
Kita hairan, kuman ‘soleh’ jenis apa yang boleh tolong kejutkan orang bangun tahajjut dan kejut solat 5 waktu. Sedangkan buang air kecil pun menggunakan tiub tak boleh bangun, tetapi boleh pula bangun untuk bertahajjut dan bersolat 5 waktu dengan melawan ubat tidur yang dikatakan kuat itu. Saya sarankan kepada para doktor untuk masukkan kuman jenis ‘soleh’ ini dalam tin untuk dipasarkan kepada orang ramai, supaya mudah untuk kami bangun tahajjut lepas ni.
Mengikut maklumat terkini Nik Aziz juga dikatakan menghidapi kanser prostate. Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang doktor pakar, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir, fakta ringkas mengenai kanser prostate boleh dibaca di-wall beliau di sini.
Dunia semakin maju, rakyat mahukan negara menyumbang pembangunan seperti negara kelas satu (1st world country) yang lain tapi rakyat sendiri berfikiran dan bermentaliti seperti rakyat negara kelas ketiga (3rd world country), tidak mementingkan aspek pendidikan dan ilmu. Kisah dongeng dan tahyul seperti ini dijaja entah untuk apa pun tidak diketahui apa kebaikannya.
Majoriti mengambil kisah tahyul ini seperti kisah sahih para Nabi dan Rasul yang terbukti dengan mukjizat juga berbukti dengan Al-Quran dan Hadith. Sampai bila mahu memperbodohkan pengikut anda dengan kisah² mengarut seperti ini?
Tidak terlintas untuk saya menghina Nik Aziz namun mereka-cerita dan menyebarkan kisah mengarut ini perlu dihentikan oleh pengikut taksub Nik Aziz. Tidak ada kebaikan pun yang dapat diperolehi dengan menyebarkan kisah mengarut ini.
Sedangkan Nabi sallallahu alaihi wassallam ketika di penghujung hayatnya ketika sakit juga tidak mampu bangun bersolat lalu diperintahkan Abu Bakar menggantikan Beliau sebagai Imam. Malah ada ketika Nabi sallallahu alaihi wassallam dibantu oleh sahabat untuk bersolat. Malah ada juga ketika Nabi sallallahu alaihi wassallam hanya memberi isyarat untuk sahabat meneruskan solat manakala Nabi sallallahu alaihi wassallam tidak keluar untuk solat bersama.
Ketidakupayaan ketika sakit seperti ini adalah perkara biasa bagi manusia. Apatah lagi jika manusia biasa yang bukanlah lebih mulia dari Nabi dibius dengan ubat tidur yang kuat. Kehebatannya mengalahkan Nabi pula. Bukankah ianya kelihatan karut dan melampau-lampau kekarutannya.
Jika benar kisah karut ini, mohon rakamkan Nik Aziz bangun mengambil wuduk, bertahajjut, bersolat, minum teh, berbual, dalam keadaan beliau diberi ubat tidur yang dikatakan kuat itu. Zaman sekarang semua sudah ada handphone yang canggih untuk rakam video.
Jangan biarkan kisah² karut ini menjadi bahan dan modal politik. Kisah seperti ini tidak lebih hanya menjadi bahan gelak ketawa orang ramai. Saya bersimpati dengan Nik Aziz dan keluarganya yang menjadi mangsa bahan reka cerita kisah tahyul seperti ini.
Semoga Allah memudahkan urusan Nik Aziz dan keluarganya. Semoga Allah mengampunkan beliau. Semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau dan pengikutnya. Semoga dibukakan hati beliau dan pengikutnya untuk kembali taat kepada pemerintah sekaligus menyatukan umat Islam di Malaysia.
Allahua’lam…

Post a Comment

 
Top