org
Antara gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut
KUALA LUMPUR: Ia mungkin dianggap satu berita yang menarik apabila golongan mewah atau kenamaan menonjolkan status mereka kepada seluruh dunia menerusi laman sosial mengenai harta yang dimiliki.
Pada minggu lalu, Malaysian Digest mendedahkan kisah kehidupan mewah remaja Tehran yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Rich Kids Of Tehran’ (Remaja Paling Kaya di Tehran).
Susulan sehari selepas itu, remaja negara ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyatakan kepada dunia bahawa mereka juga adalah golongan elit sehingga mewujudkan satu akaun Instagram dikenali ‘The Rich Kids Of Malaysia’.
Apa yang menarik perhatian, akaun itu telah mengumpul sejumlah lebih seribu pengikut dan mula mendapat perhatian ramai yang memberi peluang untuk pencalonan dan foto individu yang disifatkan sebagai kelas atasan akan disiarkan atau dimuat naik di laman sosial tersebut.
Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut ditampal tanpa kebenaran pemilik asal.
..
Malaysian Digest cuba menghubungi pemilik asal akaun tersebut untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan tetapi gagal untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
Namun, menurut sumber, beliau melihat gambar teman rapat mereka di muat naik tanpa kerelaan pemilik.
“Saya tidak kisah sekiranya ada individu yang mencipta akaun seperti itu kerana saya memahami kehendak mereka yang mempunyai kelemahan jiwa untuk perkara seperti itu. Tetapi sekurang-kurang perlu dengan cara yang betul, bukan?
“Lebih buruk lagi adalah apabila saya melihat gambar teman-teman saya (sama ada kaya atau tidak, ia bukan persoalannya) dimuat naik dan jelas mereka tidak mengetahui tentang perkara itu,” katanya.
Susulan ia menjadi viral di laman sosial semalam, pemilik akaun yang kononnya mencipta akaun tersebut hanya mahu berseronok telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram itu.
“Kepada pemilik gambar, sila DM (mesej peribadi), Tweet atau e-mel saya jika anda mahu saya mengeluarkan gambar-gambar anda. Saya menghormati keprihatinan anda,” katanya.
.
Walaupun mendapat kritikan dan kecaman ekoran tindakan pemilik asal akaun itu, dia bagaimanapun cuba bertindak positif dan ‘menyerang’ kembali mereka yang mengkritiknya dengan menyatakan ramai pemilik asal gambar yang dimuat naik berterima kasih kepadanya.
“Saya juga menerima mesej ucapan terima kasih kerana memuat naik gambar mereka.
“Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya menghormati setiap permintaan untuk memadamkan sebarang Foto pemilik .. #keepitpositive, saya bersetuju .. ” ujarnya.

Post a Comment

 
Top