Rotan Dilarang , Tapi Guru Dibenarkan Bawa Pistol Kesekolah ? Rotan Dilarang , Tapi Guru Dibenarkan Bawa Pistol Kesekolah ? Rotan Dilarang , Tapi Guru Dibenarkan Bawa Pistol Kesekolah ?
Guru di barat laut Pakistan dibenarkan untuk membawa pistol ke sekolah susulan serangan berdarah yang dilancarkan pejuang Taliban dan meragut kira-kira 145 nyawa di bandar Peshawar pada bulan lalu.
Menteri Pendidikan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Atif Khan memberitahu mereka akan memberikan permit kepada guru yang mahu membawa senjata api.
Difahamkan, pihak berkuasa sudah mula memberi latihan berkaitan prosedur dan cara untuk mengendalikan pistol kepada para guru sejak minggu lalu.
Menurut Press TV, dalam satu kenyataan lain, Menteri Maklumat, Mushtaq Ghani turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa langkah tersebut terpaksa diambil kerana kekurangan anggota polis untuk memberi kawalan keselamatan kepada institusi pendidikan di wilayah terbabit.
“Bilangan anggota tidak mencukupi untuk memantau kira-kira 35,000 sekolah, kolej dan universiti di seluruh wilayah ini,” jelasnya.
Kerajaan dilaporkan telah mengetatkan kawalan keselamatan termasuk membina pagar kawat berduri di sekolah di seluruh negara bagi menangkis sebarang bentuk serangan yang mungkin dilancarkan Taliban pada masa akan datang.

Para guru diberi latihan cara untuk mengendalikan senjata api oleh polis. |
Post a Comment